Monday, February 28, 2011

Terkini: Setelah 2 tahun bergiat secara aktif

Usaha perkambingan ini memerlukan kesabaran bermula daripada 11 ekor kambing kajchang ataupun nama komersialnya kambing kampung hinggalah kepada 35 ekor baka Boer, Jamna dan kacuk setakat ini.

Memang perkembangan kami agak perlahan kerana baka jantan yang banyak tidak dapat ditampung oleh baka betina.

Catatan rasmi perjalanan kami setakat ini.

Awal 2009
- 11 ekor kambing kampung dijual dan membeli 6 ekor baka Jamnapari.
- Jamanpari kesayangan kami dinamakan Kapten menjadi nama kepada syarikat kami ini.
- Kapten merupakan baka Jamna yang cantik, tinggi dan mempunyai struktur badan yang tegap; namun sedikit cacat pada tanduknya kerana berpintal.
- Kapten pernah disembur ular berbisa di mata dan sehingga kini Kapten buta sebelah mata.

Pertengahan 2009 -
- Reban baru dibina menggantikan reban lama.

Hujung 2009
- Membeli 10 ekor kambing baru terdiri daripada:
1. Boer betina - 4 ekor - (2 ekor bunting) - dapat anak jantan dan betina
2. Boer Jantan (anak) - 1 ekor
3. Boer Betina (anak) - 2 ekor
3. Saanen betina - 1 ekor (bunting) - dapat anak jantan
4. Jamnapari - 2 ekor
- dengan bermodalkan dalam RM7500 - masih baru belajar - sebenarnya macam mahal.

2010
- Ada yang menjadi ada yang tidak.
- Boer Jantan anak seperti tidak serasi dengan environment baru, kambing jadi bantut.
- Kambing ibu yang dibeli tak berapa pandai jaga anak.
- 3 ekor anak kambing mati kerana cacat atau mati dipijak ibu.

Pertengahan 2010
- Lagi anak kambing mati kerana cacat dan mati dipijak ibu.
- Membuat keputusan untuk membina reban baru untuk tujuan pengasingan. Modal masih dikumpul.
- Perlu membeli baka betina untuk menjamin kualiti anak yang dihasilkan.
- 3 ekor kambing telah selamat diakikahkan.
- Imam Jamal menjadi penyembelih.

Hujung 2010
- Semua projek dilanjutkan ke 2011.
- Hanya projek pagar dapat disiapkan pada Tahun 2010.
- Senorok pasang sendiri walaupun tak berapa kemas.
- Sehingga kini sudah 9 ekor anak kambing kami mati.
- Kaedah pengurusan kami perlu diperelokkan.

Tahun 2011
- Target pertengahan tahun untuk memulakan balik rancangan 2010 menjadi realiti.
- Rasa macam nak jual Kapten, tapi rasa sayang pun ada. Ada pembeli yang berminat dengan Kapten. Kami ingin membeli pejantan baru untuk menjadi Kapten baru.