Wednesday, February 24, 2010

Baka-baka kambing - Susu

Terdapat pelbagai baka kambing ternak (Capra aegagrus hircus) antaranya baka kambing pedaging. Kambing dipelihara atau diternak secara penternakan terpilih (selective breeding) mengikut keperluan samada daging, susu atau bulu. Kambing merupakan antara haiwan tertua yang mempunyai rekod baka (breed standard) untuk memastikan salasilah keturunan keluarga kambing terutama kambing tenusu.

Kambing diternak untuk hasil tenusu, yang boleh diminum mentah begitu sahaja namun adalah lebih baik melalui proses pasteurization untuk membasmi atau mengurangkan kandungan bacteria seperti Staphylococcus aureus dan Escherichia coli.[20]

Seperti daging kambing, bau yang kuat yang terhasil daripada badan kambing jantan yang tengah galak mengawan yang tidak dipisahkan dari kambing betina juga boleh mengubah bau susu kambing betina tersebut.

Kebiasaannya susu kambing diproses menjadi keju, mentega, ais krim, dan produk makanan lain. Hari ini pelbagai produk dihasilkan termasuk kosmetik dan kesihatan untuk memperoleh khasiat dan kebaikan susu kambing.

Bagi yang allergic terhadap susu lembu, susu kambing merupakan alternatif yang baik disamping susu soya[21]. Pun begitu, kandungan susu kambing tetap mempunyai kandungan laktosa, jadi individu-individu yang mempunyai masalah lactose intolerance [21] tidak boleh menjadikan susu kambing sebagai pilihan mereka.

Lemak di dalam susu haiwan biasanya terbahagi kepada dua iaitu air dan lemak. Lemak biasanya terapung di atas air dan perlu diproses sebelum menjadi produk. Proses pemecahan lemak atau pengecilan saiz molekul in dinamakan homogenized.

Lain pula halnya dengan susu kambing. Susu kambing mempunyai saiz sel-sel lemak yang kecil berbanding susu lembu. Ini membolehkan susu kambing diproses terus menjadi produk tanpa perlu melalui proces homogenized.

Susu kambing segar biasanya mempunyai 3.5% kandungan lemak daripada peratus keseluruhan air susu tersebut. Kebiasaannya seekor kambing tenusu dewasa boleh menghasil secara puratanya 6 hingga 8 pounds (2.7 to 3.6 kg) susu sehari selama di dalam tempoh penyusuan selama 10 bulan (lactation), Biasanya, seseekor kambing tenusu akan mencapai tempoh matang untuk menghasilkan susu dengan banyak selepas melalui 3 hingga 4 tempoh penyusuan. [22]


Kambing Saanen terkenal di Malaysia sebagai kambing tenusu.



Kambing Toggenburg.





Kambing Golden Guernsey







Baka-baka kambing tenusu;


Alpine (goat), Anatolian Black Goat, Anglo-Nubian, Appenzell Goat, Argentata of Etna, Beetal, Belgian Fawn, Benadir Goat, Bhuj goat, Bionda dell'Adamello, Booted Goat, British Alpine, Brown Shorthair Goat, Canary Island Goat, Carpathian (goat), Chamois Colored, Charnequeira, Chengdu Brown, Corsican Goat, Daera Din Panah, Damani, Damascus goat, Danish Landrace Goat, Don Goat, Dutch Landrace, Dutch Toggenburg, Erzgebirge Goat, Finnish Landrace Goat, Garganica, Girgentana Goat, Golden Guernsey, Grisons Striped, Hailun Goat, Hasi Goat, Hongtong Goat, Hungarian Improved, Irish Goat, Jamnapari goat, Jonica, Kamori, Kinder (goat), LaMancha (goat), Loashan, Majorera, Maltese (goat), Messinese Goat, Mini Oberhasli, Murcia-Granada, Nigerian Dwarf (goat), Norwegian (goat), Oberhasli (goat), Orobica Peacock Goat, Poitou Goat, Pyrenean Goat, Red Mediterranean, Russian White (goat), Saanen goat, Sable Saanen, Sarda (goat), Swedish Landrace, Tauernsheck, Thuringian Goat, Toggenburg (goat), Valais Blackneck, Verata, White Shorthaired, Xinjiang Goat