Terdapat pelbagai baka kambing ternak (Capra aegagrus hircus) antaranya baka kambing pedaging. Kambing dipelihara atau diternak secara penternakan terpilih (selective breeding) mengikut keperluan samada daging, susu atau bulu. Kambing merupakan antara haiwan tertua yang mempunyai rekod baka (breed standard) untuk memastikan salasilah keturunan keluarga kambing terutama kambing tenusu.
Daging mempunyai rasa yang hampir sama dengan daging Biri-biri. Yang pasti, di kawasan Asia terutama di Pakistan dan India, istilah daging kambing digunapakai untuk kedua-dua kambing dan biri-biri walhal keduanya sebenarnya berbeza.
Pendapat umum sebenarnya menyifat rasa daging kambing lebih pejal dan mantap seperti daging seekor anak lembu. Daging kambing juga bergantung kepada usia kambing tersebut, kerana sajian daging anak kambing amat popular dek rasanya yang begitu enak dan lembut.
Rasa utama daging kambing sebenarnya berpunca dengan hadirnya 4-methyloctanoic dan 4-methylnonanoic acid [19] di dalam daging tersebut. Pelbagai kaedah penyediaan sajian kambing antaranya sup, kambing panggang, bakar, barbeku, goreng, kari dan juga dalam bentuk sosej.
Kerana kandungan lemaknya yang rendah, daging kambing mudah menjadi keras jika dimasak terlalu lama dalam api yang panas. Kaedah memasak daging kambing memerlukan air tambahan/dipercik-percik/atau dalam bekas tertutup untuk memastikan wap tidak terbebas kesemuanya akibat suhu yang tinggi. Dengan cara ini sajian akan lebih rangup namun isinya tidak keras sebaliknya empuk untuk dinikmati.
Seperti yang sedia maklum, Kambing Boer yang berasal dari South Africa merupakan salah satu daripada kambing pedaging yang paling popular masa kini. Boer diperkenalkan ke US pada awal 1990.
Kambing Boer merupakan baka kambing yang biasa didengar dan kerap diternak.
Pejantan Boer.
Kambing baka Stiefelgeiss yang hampir pupus dari Switzerland.
Kambing Billberry.
Kambing Caninde.
Antara baka kambing pedaging yang lain adalah: