Artikel di bawah ini merupakan acara yang diadakan di luar negara sebagai satu cara menilai kehebatan kambing dan kehebatan pembelanya memastikan kambing sentiasa sihat, cantik dan mempunyai susuk tubuh yang sempurna.
Seekor Nigerian Dwarf baka tenusu di dalam kilp video. Baka ini mempunyai saiz yang lebar dan mempunyai sistem penyusuan yang cukup baik.
Persatuan penternak akan menganjurkan pertunjukan dengan menilai kecantikan dan kehebatan kambing melalui conformation iaitu istilah yang diguna pakai untuk menentukan ketulenan sesuatu baka, udder iaitu melalui kualiti sistem penyusuan seseekor kambing, tahap kesuburan kambing yang diukur melalui baka atau keturunan yang dihasilkan, usia yang panjang, struktur tubuh dan bentuk otot kambing terutama pada bahagian kaki belakang dan kualiti bulu-bulu yang dihasilkan.
Penternak yang bertanding kebiasaannya menternak kambing yang berdaftar dan memastikan baka seterusnye didaftarkan kerana mempunyai harga yang lebih tinggi. Sebab utama kambing berdaftar lebih bernilai adalah kerana rekod baka dan kelahiran yang dicatatkan memastikan mutu kambing yang ternak sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Antara scorecard yang diguna pakai di US terutamanya adalah;
"Dairy Goat Scorecards" untuk kambing tenusu dewasa. Kaedahnye merupakan pembahagian markah penuh 100% bergantung kepada kategori utama iaitu rupa bentuk, sistem penyusuan, saiz badan dan saiz sistem penyusuan.
American Goat Society (AGS) juga menggunakan scorecard yang hampir serupa. Antara ciri-ciri yang dikenalpasti sebagai diskualifikasi adalah bentuk mulut yang tidak sekata, kaki yang tempang dan tidak sempurna, kuku pecah, kecacatan pada testis begitu juga bentuk tanduk yang tidak seimbang atau pun berpintal.