Wednesday, February 24, 2010

Kambing

Kambing ternak (Capra aegagrus hircus) ,merupakan sub-species kambing liar berasal dari Barat Laut Asia dan Eropah Timur. Kambing merupakan species di dalam keluarga Bovidae dan berkait rapat dengan biri-biri (kibas) namun perlu diingat kambing tidak sama dengan biri-biri: kedua-duanya termasuk di dalam keluarga goat-antelope di bawah satu lagi sub keluarga iaitu Caprinae. Terdapat lebih kurang tiga ratus baka kambing yang telah dikenalpasti.[1]

Jika dibaca, secara sejarahnya kambing merupakan haiwan pertama yang diternak manusia bermula dari zaman anak-anak Nabi Adam melalui kisah Qabil dan Habil. Kambing memberikan hasil dalam bentuk susu, daging, bulu, dan kulit kepada manusia.[2] Sejak kebelakangan ini kambing popular sebagai haiwan belaan (pets).[3]

Menurut istilah bahasa pula, kambing betina digelar sebagai does atau nannies, Kambing Jantan sebagai bucks atau billies. Daging Kambing muda atau anak dipanggil kid atau cabrito, dan kambing dewasa pula dipanggil chevon, atau kebiasaanyanya mutton.